IBU PERLU TAHU CARA SIMPAN STOK SUSU EBM YANG BETUL. KALAU TAK, BASI !

Pernah tak ibu-ibu terutamanya yang bekerja, alami dilema sama seperti situasi di bawah?

‘Saya first time nak hantar anak ke taska minggu depan .. Macam mana nak bekal kan susu ke taska? Maksud saya, berapa oz & berapa botol. Nak cairkan dulu ke tak payah?  Nervousnya.. ’

‘Kalau susu yang dah dicairkan, kita letak kat luar tanpa panaskan tahan berapa lama ya? Sebab anak saya kadang tidur rumah pengasuh. Nak senangkan dia boleh ke kalau susu next tu dia keluarkan siap-siap dari box? Ke ada cara lagi senang?’

Ada? Haaa! Biasalah tu, kadang-kadang kalau banyak sangat membaca pasal topik sama berkaitan cara simpan stok EBM ni memang akan confused. Sebab, ada yang tulis begini, sipolan tu pula tulis macam ni, kan? Sudahnya, tanya dalam group menyusu je la senang.

Kat sini kami share kan cara paling simple & mudah difahami untuk ibu-ibu especially first time mom macam mana nak simpan stok susu perahan @ Express Breast Milk (EBM) dengan baik.

  1.  Cari / Sediakan Bekas Yang Sesuai
    - Simpan susu ibu dalam botol susu bebas BPA atau storage plastic yang kedap udara & dapat ditutup ketat.
    - Jangan guna beg plastik lain yang bukan khas untuk susu ibu bagi mengelakkan ia pecah apabila dibekukan dalam peti sejuk nanti.
    - Utamakan hygiene. Gunakan bekas yang bersih (dicuci)
     


  2. Labelkan / Tulis Tarikh Perahan Pada Bekas
    - Ini bertujuan supaya mudah disusun & ingat tarikh luput setiap stok susu itu.
     

  3. Pastikan Tahu Jadual Simpan Susu EBM
    - Susu baru diperah tahan selama 4 jam pada suhu bilik.
    - Susu baru diperah yang disimpan di dalam peti ais bahagian bawah tahan selama 48
    - Susu yang disimpan di bahagian chiller tahan 3 hingga 4 hari.
    - Susu yang ingin dibekukan perlu diletak di bahagian chiller dalam masa setengah jam (biarkan sejuk) kemudian dipindahkan di bahagian sejuk beku.

    Ketahanan Susu Yang Dibekukan:
    1) Peti sejuk 1 pintu - 2 minggu
    2) Peti sejuk 2 Pintu - 3 bulan
    3) Deep freezer - 6 bulan



  4. Cairkan Susu Perlahan-Lahan
    - Untuk mencairkan susu beku, letakkan susu di bahagian chiller terlebih dahulu supaya ia cair perlahan-lahan.
    - Kalau nak lagi cepat, boleh letakkan susu beku di bawah air paip yang mengalir atau rendam dalam bekas berisi air paip (biarkan seketika).
    - Elak mencairkan susu dalam suhu bilik (contohnya, biarkan susu atas meja di dapur atau sinki).

    Mencairkan susu perahan ibu
    Menyimpan susu ibu di dalam peti sejuk

     

  5. Jangan Campurkan Susu Sesuka Hati
    - Jangan campurkan susu yang sejuk dengan susu yang baru diperah / pam sebab ia akan merosakkan struktur susu.
    - Jika hendak mencampurkan susu, pastikan ia susu yang diperah pada hari sama sahaja & suhu kedua-dua susu berada dalam keadaan sejuk.

    Contoh
    1) Perah waktu pagi dapat 2 Oz (simpan dalam peti ais)
    2) Perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz (simpan dalam peti ais)
    3) Apabila dua-dua dah sejuk & sama suhu suhu (baru boleh campur susu dalam 1 botol)

  6. Cara Cairkan Susu
    - Panaskan di dalam warmer dengan suhu 40c selama 10 hingga 15 minit atau rendam di dalam air suam (bukan air panas mendidih).
    - Jangan panaskan susu dengan air yang mendidih kerana ia boleh menghilangkan nutrisi susu ibu & merosakkan struktur susu.

    Cairkan Susu di dalam warmer