ANAK OH ANAK! MACAM-MACAM STYLE DIA BUAT BILA MENYUSU
Hari dilalui mak-mak begini lah. Banyak betul gaya si kecik ni buat bila menyusu badan tau.
Sabar je lah emaknya pun. Kalau tak sabar, nak kena babab dah ni, biasa dia tau 😄!
Inilah realiti sebenar ibu yang menyusukan anak. Selain dah biasa kena berjaga malam & menahan sakit belakang, ibu-ibu pun juga perlu hadap perangai serta pelbagai gaya anak yang sedang menyusu.
Apatah lagi kalau susu badan ibu banyak & pekat, memang makin lama la dia ‘bergayut’ sambil main.
Kami pasti, anda pun pernah atau sedang melalui pengalaman yang sama kan?
Â
Â
BONDING TIMEÂ DENGAN ANAK
Lagi satu, walaupun anak buat macam-macam aksi & gaya ketika menyusu badan, moment ini sangat berharga & tak akan berulang lagi apabila mereka semakin membesar.
Saat ini juga menjadi bonding time yang mana dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu & anak.
Hubungan erat antara ibu & anak menyebabkan anak berasa lebih selamat, dihargai & dilindungi.
Selain itu, ia turut membantu perkembangan kognitif & sosial mereka.
Â
1. PELUK ANAK SELALU
- Peluk anak di bahagian kiri dada supaya anak dapat mendengar degupan kita.
- Dukung anak & ‘agah’ anak ketika kita sedang rehat / baring.
Â
2.  SELALU BERCAKAP & MEMBACA DENGAN ANAK
- Jika kita selalu berbual dengan anak, mereka akan lebih cepat faham makna sesuatu perkataan atau ayat sekali gus lebih cepat untuk belajar bercakap.
- Anak juga menjadi lebih mudah memberikan reaksi gembira, sedih, sakit, & sebagainya.
Â
3.  BERMAIN, MENYANYI & MENARI BERSAMA ANAK
- Anak mudah terhibur & tertarik dengan bunyi, muzik serta warna.
- Justeru, dengan cara ini ia membantu lagi perkembangan otak anak-anak untuk menjadi lebih expressive.
Â
SUSU IBU TIADA TANDINGAN
Tapi, tak kisah la apa yang si comel buat sekali pun. Menjadi seorang ibu seharusnya sabar, kuat semangat & berjuang agar anak kenyang serta membesar dengan sihat.
Ini kerana, anak itu adalah anugerah, amanah, tanggungjawab & ujian buat ibu bapa. In Shaa Allah, besar ganjarannya di sisi Allah SWT.
Selain itu, kelebihan susu badan sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Penyusuan susu ibu bukan saja memberi kesan positif kepada anak malah turut mendatangkan kebaikan besar kepada ibu.
Tapi, ramai ibu yang ‘kecundang di tengah jalan’ dalam journey menyusukan anak disebabkan pelbagai faktor & antaranya adalah susu badan sedikit.
Â
CARA BANYAK & PEKATKAN SUSU BADAN
Selain daripada perlu menjaga makan, breastfeed mom juga boleh amalkan milk booster sebagai supplement penggalak penghasilan susu badan atau alternatif untuk banyak & pekatkan susu badan supaya si manja lekas kenyang.
Antara milk booster yang menjadi pilihan ramai ibu di Malaysia ialah MaMom Milk Booster.
Tablet kunyah perisa vanilla ini diformulasi daripada herba-herba terpilih seperti habbatussauda, kismis, halba & banyak lagi.
Saiznya yang comel & ringan, memudahkan ibu terutamanya yang bekerja membawanya ke mana-mana saja dengan senang.
Â