MENYUSU BADAN BOLEH BAKAR KALORI, BETUL KE?
Susu ibu banyak manfaatnya kepada bayi & sebab itulah ia tiada tandingan. Tapi, ada juga new mom yang mudah give up memberi susu badan kepada bayi dengan alasan penat atau tak nak bentuk payudara mengendur.
Macam tulah, lain ibu lain pemikirannya kan? Tapi bila difikir banyak kali, ada betulnya juga. Pernah tak tertanya, apa yang ibu dapat atau kesan positif yang ibu dapat daripada menyusukan badan ni?
Ibu-ibu sekalian, ketahuilah bahawa kelebihan penyusuan ibu untuk bayi itu luar biasa hebatnya.
Selain boleh membantu perancangan keluarga, anda juga sebenarnya sedang membakar kalori ketika sedang menyusukan bayi.
Sebab tu, ramai ibu mampu menurunkan berat badan dengan cepat & tampil langsing bak anak dara selepas habis pantang.
SEMAKIN BANYAK BABY MENYUSU, SEMAKIN BANYAK KALORI IBU DIBAKAR
Menurut American Pregnancy Association, anggaran wanita yang baru menjadi ibu membakar antara 425 hingga 700 kalori sehari semasa menyusukan bayi.
Banyakkan? Sebab, dalam setiap auns susu badan ada lebih kurang 20 kalori.
Secara puratanya, bayi yang menyusu badan sepenuhnya minum kira-kira 25 auns sehari untuk 6 bulan pertama hidupnya.
Pening ke tu? Jom kita buat kira-kira sikit. 20 kalori darab 25 sama dengan 500 kalori & ini hanyalah jumlah purata.
Maknanya, lagi banyak si comel menyusu, lagi banyak juga lah kalori si ibu terbakar.
Dalam 1 kajian lain turut mendapati, ibu yang memilih untuk menyusukan bayinya dengan susu badan akan mengalami penurunan berat badan 2 kali lebih banyak berbanding ibu yang tidak menyusu badan.
Selain itu, melalui kajian yang lain mendapati, ibu menyusu badan boleh mendapat berat asal mereka seperti sebelum hamil dalam tempoh 6 bulan sahaja.
KELEBIHAN MENYUSU BADAN UNTUK IBU
Selain kalori terbakar, menyusu badan pun membantu mengetatkan bahagian abdomen ibu kerana hormon oksitoksin menyebabkan rahim mengecut ke bentuk asalnya semula.
Dari segi psikologinya, bonding ibu & bayi juga menjadi lebih kuat kerana sentiasa bersama.
Mudah-mudahan, dengan perkongsian tidak seberapa ini mampu membantu semua ibu & bakal ibu untuk terus tetap bersemangat memilih penyusuan ibu adalah yang terbaik.
Sumber: Popsugar.com