7 TIPS SUSU BADAN IBU MAINTAIN MERIAH DI BULAN PUASA

“Kalau aku puasa, susu badan keluar ke? Banyak ke sikit nanti? Alaaaa, kalau sikit macam mana nak buat stok?”

Mesti ramai ibu-ibu terutamanya first time mom yang ‘berperang’ dengan soalan macam ni kan?

Menyusukan anak ketika berpuasa adalah selamat kerana ibadat itu sebenarnya tidak menjejaskan penyusuan.

Seorang ibu masih boleh berpuasa & pada masa sama menyusukan anak selagi badan tak mengalami masalah kekurangan air secara drastik atau dehidrasi serta masalah kesihatan kronik yang lain.

Menyusukan anak sepanjang Ramadan juga tak membahayakan bayi sebab badan ibu masih boleh menghasilkan susu walaupun berpuasa.

Kat sini kami share beberapa tips & panduan yang ibu boleh amalkan untuk menghasilkan susu badan yang banyak & mencukupi:

 

1.  PILIH MAKANAN TINGGI SERAT, PROTEIN & KARBOHIDRAT KOMPLEKS

Ketika sahur & berbuka, digalakkan ambil lebih protein. Ibu boleh masak ikan kukus, ayam panggang, sambal telur dan sebagainya. Tapi kalau tak sempat nak masak macam-macam, ibu boleh buat simple salad sahaja.

Ibu juga boleh makan kurma, oat, bijirin, beras perang, roti, pasta, kekacang & buah-buahan kerana ia membekalkan tenaga secara perlahan-lahan sepanjang hari berbanding makanan lain.

Makanan jenis karbohidrat kompleks ini memerlukan masa lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar. Jadi, ia memberikan tenaga berpanjangan dan memudahkan ibadat puasa dilaksanakan.


 

2.  MINUM AIR SECUKUPNYA

Minum air dengan kerap sepanjang waktu berbuka hingga waktu bersahur. Pengambilan air yang mencukup amat penting bagi mengelakkan ibu daripada mengalami masalah dehidrasi. JIka berlaku gejala sedemikian, ibu harus berbuka puasa kerana dikhuatiri ia boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan ibu & anak.

Antara tanda ibu mengalami dehidrasi ialah terasa nak pitam, lemah atau lesu, sakit kepala, loya, nak muntah, menggigil & air kencing menjadi pekat serta berbau kuat.

 


3.  KERAPKAN PENYUSUAN TERUS ATAU TANDEM SEPANJANG BERSAMA ANAK

Penyusuan tandem sesuai dilakukan sekiranya bayi masih kecil dan cukup hanya menyusu di sebelah payudara saja.

Semasa menyusu terus pada payudara, pastikan posisi dan lekapan mulur anak adalah betul. Jika selepas menyusu, payudara masih penuh, ibu digalakkan memerah susu badan sehingga susu habis dikeluarkan (payudara menjadi lembut).

 

4.  JANGAN SKIP PERAH SUSU DENGAN KERAP & BERJADUAL

Bagi ibu yang bekerja, perah susu badan dengan kerap iaitu antara 6 hingga 8 kali sehari (setiap tiga jam), 20 hingga 30 minit setiap sesi di kedua-dua belah payudara. Jika menggunakan pam susu, ibu digalakkan untuk menggunakan pam elektrik berganda bagi meningkatkan penghasilan susu & menjimatkan masa.

5.  BERGEMBIRA LAH!

Ibu tak boleh stress-stress, kena gembira & ceria je selalu supaya penghasilan susu badan tak terjejas. Sebab tu, ibu digalakkan buat aktiviti yang menggembirakan & tingkatkan  paras hormon oktosin seperti dengar muzik, zikir, membaca, tengok gambar & video anak atau apa sahaja yang buatkan ibu berasa tenang serta happy.



    6.  KEKAL POSITIF

    Ibu perlu sealu positif bahawa susu anda mencukupi untuk anak. Pada waktu ini, kerjasama & sokongan suami  serta orang sekeliling amat penting. Pastikan ibu tidak terlalu letih supaya tidak menganggu penghasilan susu badan.


     

    7.  AMALKAN SUPPLEMENT PENGGALAK SUSU BADAN (MILK BOOSTER)

    Pengambilan milk booster berasaskan herba terpilih seperti habbatussauda, kismis, halba dan banyak lagi berupaya membantu banyakkan lagi susu badan ibu.

    Contohnya, tablet kunyah perisa vanilla MaMom Milk Booster yang bukan sahaja bantu menambah tetapi juga memekatkan susu badan ibu supaya si manja cepat kenyang.


    Walaubagaimanapun, sekiranya ibu tidak mampu berpuasa kerana khuatir tentang kesihatan diri & anak, dinasihati jangan teralu memaksa diri kerana dalam perkara ini ada keringanan khusus untuk 3 golongan ini.

    Dalil yang menunjukkan hal ini adalah: