MOMMY, PENAT KE MENYUSUKAN ANAK?

WOW! Soalan pun, mengundang sangat kan? Tapi memang ramai pun yang bertanya. Selalunya, soalan ni akan keluar daripada mulut mereka yang bujang tak kira lah lelaki atau perempuan dan tak ketinggalan bakal-bakal ibu.

Kadang-kadang, sang suami pun ada tanya juga. Memang ‘sedas’ la kena sembur. Kenapa? Sebab jawapannya, of course la penat…Sangat penat!

Setuju tak mommy ??? ☝️👍

Anak menyusu badan secara direct ni jika ikutkan anggaran masa yang diperlukan sehingga mereka hilang haus boleh memakan masa hingga 20 minit. Itu belum campur lagi kalau dia jenis mengempeng kat mommy sampai sejam. Macam biasalah, kalau anak mengempeng selalunya posisi mommy & baby mesti baring mengereng. Lagi lama mengereng, makin sakit la pinggang mommy.

 

 

Memang mommy dapat terlelap sekejap tapi dalam keadaan tidak selesa. Kejap-kejap terjaga takut anak tersedak susu. Tapi kalau dalam keadaan duduk pula, tersengguk-sengguk emaknya memangku anak.

Kalau mommy mengepam susu pula, sebelah 15 minit, sebelah lagi dalam 20 minit. Kadang-kadang lebih setengah jam dok pam susu je.

Walaupun ibu letih, lemah tak bertenaga sebab kena berjaga malam, terkejar sana-sini buat itu ini settlekan macam-macam hal dari urusan rumahtangga hingga pejabat, perlu minum dan makan dgn banyak, amalkan supplement milk booster untuk banyakkan kuantiti susu badan serta sebagainya…Tapi, percayalah! Semua pengorbanan ini sangat berbaloi kerana bonding yang tercipta selain kita akan dapat ganjarannya di kemudian hari, in shaa Allah.

 

BERFIKIRAN POSITIF. TANAMKAN DALAM DIRI, SEMUA INI DEMI ANAKKU 🤱

Kita semua ibu yang kuat & bersemangat, takkan mudah give up untuk menyusukan anak. Berasa bangga dan gembiralah apabila anak kenyang serta happy selepas dapat menikmati susu ibu.

Mommy jangan stress-stress ya. Kuatkan mental & fizikal, berehat dengan cari waktu me time untuk beberapa jam setiap minggu & dapatkan sokongan moral daripada keluarga, rakan-rakan serta support group yang berkaitan.

Buat suami, fahami keadaan isteri, bertolak-ansurlah dengannya & terus menyokong isteri anda. Pastikan hanya yang terbaik untuk isteri & si manja tercinta.

Mommies, semoga kita terus istiqomah, kuat semangat & sabar menjalani hari-hari yang indah dalam dunia penyusuan ibu ini, in shaa Allah 😘❤️